96,395 kes aktif di Filipina

MANILA 13 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 13,177 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,713,302 dengan kes aktif sebanyak 96,395 atau 5.6 peratus daripada keseluruhan kes.

Setakat pukul 4 petang ini, jumlah pesakit yang dilaporkan meninggal dunia adalah sebanyak 299 orang yang membawa kepada jumlah keseluruhan 29,838 kematian.

Jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 1,587,069 orang atau 92.6 peratus selepas 4,322 lagi pesakit dilaporkan sembuh.

Sementara itu, 575,800 dos vaksin AstraZeneca tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang  Antarabangsa Ninoy Aquino dengan pesawat China Airlines.

Related posts

Leave a Comment