Rekod baharu lagi di Thailand

BANGKOK 13 Ogos – Rekod baharu di Thailand hari ini apabila 23,418 kes jangkitan Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam mengatasi jumlah tertinggi yang dicatatkan semalam iaitu 22,782 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 863,189 kes sementara jumlah kematian pula meningkat kepada 7,126 orang berikutan 184 lagi dilaporkan meninggal dunia.

Terdapat 23,030 kes dalam kalangan penduduk awam (termasuk 9 kes import) dan 388 dalam kalangan banduan.

Sebanyak 20,083 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 643,884 manakala 212,179 sedang mendapatkan rawatan.

Sejak 1 April, bermulanya gelombang ketiga pandemik, sebanyak 834,326 kes dilaporkan dengan 616,458 kes sembuh dan 6,848 kematian.

Dan sejak pandemik bermula awal tahun lalu, terdapat 863,189 kes Covid-19, 643,884 dilaporkan sembuh dan 6,942 kematian.

Sementara itu Bangkok merekodkan kes tertinggi dengan 5,140 kes diikuti Samut Prakan 1,936, Samut Sakhon 1,847, Chonburi 1,408, Nonthaburi 731, Ubon Ratchathani 537, Nakhon Pathom 532, Buriram 530, Saraburi 485 dan Ayutthaya 484.

Related posts

Leave a Comment