Peningkatan kes berterusan

KUALA LUMPUR: Kes harian Covid-19 dalam negara merekodkan 21,468 kes dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan 1,363,683, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau juga memberitahu, 277 kes kematian baharu yang direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat virus itu adalah 11,968 kes.

Tambahnya, sebanyak 17,025 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan mereka yang sembuh mencecah 1,110,528 orang.

Sebanyak 1,075 individu sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 537 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah aktif dengan kebolehjangkitan yang direkodkan sehingga hari ini adalah 241,187 kes.

Daripada 21,468 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 670 kes (3.1 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5.

Manakala sebanyak 20,798 kes (96.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Secara keseluruhan, hanya 2,703 kes (12.6 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini telah lengkap di vaksinasi (iaitu yang telah mendapat vaksinasi dua minggu selepas dos kedua).

Secara keseluruhan, hanya 2,703 kes (12.6 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini telah lengkap di vaksinasi (iaitu yang telah mendapat vaksinasi dua minggu selepas dos kedua).

Sebanyak 277 kes kematian pada hari ini  melibatkan 108 kes di Selangor, 66 kes di Kuala Lumpur, 26 kes di Johor, 18 kes di Negeri Sembilan, 15 kes di Sabah, 14 kes di Kedah, 11 kes di Melaka, enam kes di Pulau Pinang, lima kes di Kelantan, masing-masing tiga kes di Perak dan Terengganu, serta dua kes di Pahang.

Related posts

Leave a Comment