Kadar kebolehjangkitan turun

PUTRAJAYA 12 Ogos – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught mencatatkan penurunan kepada 1.06 berbanding 1.07 pada hari sebelumnya.

Sepuluh negeri dan wilayah mencatatkan kadar R-naught melebihi purata kebangsaan dengan Perlis mencatatkan kadar tertinggi iaitu 1.40.

Ini diikuti dengan Kelantan 1.23, Sabah dan Pulau Pinang masing-masing 1.16, Perak 1.15, Johor 1.13

Kedah, Terengganu dan Sarawak masing-masing 1.12, Pahang 1.09 dan Negeri Sembilan 1.05, Melaka 1.03, Selangor 1.01, Kuala Lumpur 1.00 dan Putrajaya 0.97

Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan tiga kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu dan yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment