4.52 bilion dos vaksin disuntik

LEBIH 4.52 bilion dos vaksin Covid-19 didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia setakat pagi ini, 12 Ogos, demikian menurut data Johns Hopkins University.

China mendahului dengan lebih 1.808 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan diikuti India dengan 519 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat lebih 351 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah dos didaftarkan melebihi 100 juta ialah Brazil, dengan Jepun dan Jerman turut menghampiri jumlah tersebut.

United Kingdom dan Perancis pula melebihi 70 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia masih mendahului dengan 77 juta dos diikuti

Malaysia lebih 25 juta,  Filipina lebih 24 juta, .Thailand lebih 21 juta dan Singapura pula dengan lebih 8.1 juta dos.

Related posts

Leave a Comment