2,048 kematian harian Indonesia

JAKARTA 10 Ogos –  Jumlah kematian harian di Indonesia akibat Covid-19 melepasi angka 2,000 hari ini apabila merekodkan 2,048 menjadikan jumlah keseluruhan kini 110,619 orang. Menurut data Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) hari ini, sebanyak 32,081 kes positif baharu dicatatkan menjadikan kes keseluruhan  3,718,821 orang, dengan 437,055 pesakit aktif (sedang dirawat). Jumlah kematian tertinggi direkodkan sebanyak 2,069 orang pada 27 Julai lalu. Kes kematian harian tertinggi direkodkan Jawa Barat yang mencatatkan 491 kes, diikuti, Jawa Tengah 490, Jawa Timur 329, Kalimantan Timur 79 dan Kalimantan Tengah 70. Bagi kes…

Read More

Brunei tambah kes jangkitan

BANDAR SERI BEGAWAN 10 Ogos – Brunei Darussalam, buat hari ketiga berturut-turut melaporkan kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini dengan melaporkan 34 kes termasuk dua import menjadikan jumlah keseluruhan 440. Menteri Kesihatan,  Dr. Md. Isham Jaafar berkata, satu kluster baharu juga dikesan iaitu Semporna Enak yang merekodkan sembilan kes. Sebanyak lapan kes direkodkan kluster Chung Hua, empat kluster Al Falaah, tiga kluster ABCi, dua kluster Total dan satu Starlodge manakala empat kes tidak diketahui punca jangkitan dan satu kes ada kaitan dengan kes 362 sebelum ini. Dua lagi kes import…

Read More

Kes baharu Filipina 8,560

MANILA 10 Ogos  – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 8,560 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,676,156. Setakat pukul 4 petang ini, 92 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 29,220 orang Sebanyak 7,964 kes sembuh dilaporkan yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,567,920 orang atau 93.5 peratus.daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula 79,016

Read More

Singapura lapor 54 kes baharu

SINGAPURA 10 Ogos – Sebanyak 54 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura hari ini melibatkan 53 kes tempatan dan satu kes import menjadikan jumlah keseluruhan 65,890 kes dan 42 kematian.  Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 15 jangkitan tanpa hubung kait dengan kes-kes terdahulu. Sebanyak 31 kes yang berhubung kait dengan kes-kes sebelumnya telah dikuarantin, manakala baki tujuh kes pula dikesan melalui ujian pemantauan. Satu kes import pula dikesan sebaik tiba di negara ini dan telah diasingkan. Sementara itu, mulai harii ini rakyat Singapura, Penduduk Tetap dan pemegang pas jangka panjang…

Read More

Hampir 20,000 kes, 201 kematian

PUTRAJAYA 10 Ogos – Jumlah kes jangkitan Covid-19 hari ini menghampiri 20,000 kes apabila 19,991 kes direkodkan dengan jumlah kematian pula 201 orang. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,299,767 kes dan jumlah kematian pula setakat ini sebanyak Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata semua kes baharu hari ini adalah  penularan tempatan. Selain itu, 1,096 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 570 kes masih memerlukan alat bantuan pernafasan. Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini sebanyak 230,762 kes masih aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19. Mengenai kes…

Read More

6 negeri tambah kes empat angka

PUTRAJAYA 10 Ogos – Enam negeri mencatatkan pertambahan kes dengan empat angka didahului Selangor yang terus kekal merekodkan kes harian tertinggi , hari ini dengan 7,338 kes berbanding 5,740 semalam. Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 2,374 kes berbanding 1,567 semalam, Kedah 1,830 (1328), Sabah 1,383 (1,247), Johor 1,344 (1,232) dan Kelantan 1,030 (914). Hari ini Selangor dan Kuala Lumpur menyumbang 9,712 kes kepada jumlah keseluruhan negara yang merekodkan 19,991 kes. Perak merekodkan 953 kes berbanding semalam 935 kes, Sarawak 836 (589), Pulau Pinang 743 (908), Melaka 578 (360),…

Read More

Kematian tertinggi di Thailand

BANGKOK 10 Ogos – Thailand merekodkan 19,843 kes baharu Covid-19 dengan mencatatkan kematian tertinggi iaitu 235 orang berbanding sebelum ini 212 yang direkodkan bersama 21,838 kes tertinggi pada Sabtu lalu. Daripada jumlah itu, sebanyak 19,445 kes adalah melibatkan orang awam (termasuk 21 kes import) dan 398 dalam kalangan banduan. Sebanyak 22,806 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital sementara 211,223 sedang mendapatkan rawatan di mana 1,106 memerlukan bantuan pernafasan. Jabatan Kawalan Penyakit menyatakan 235 kematian melibatkan mereka yang berumur antara 20 hingga 100 tahun dan  64 peratus daripada mereka berumur 60…

Read More

Bukan masa bersengketa rebut kuasa

KUANTAN 10 Ogos – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah, bertitah situasi negara yang bergelut dengan wabak Covid-19 bukan masa sesuai untuk berebut kuasa dan bersengketa sesama sendiri. Titah baginda, inilah masanya yang memerlukan semua pihak untuk bersatu padu tanpa mengira anutan agama, warna kulit, apatah lagi fahaman politik. “Ini bukanlah masanya untuk kita merebut kuasa, bersengketa dan banyak bicara tanpa berbuat apa-apa. Kita harus menang peperangan dengan musuh yang tidak kelihatan ini. “Dalam keadaan wabak pandemik Covid-19 yang semakin…

Read More

PICK beri lebih 25 juta dos

PUTRAJAYA 10 Ogos – Lebih 25 juta dos vaksin diberikan kepada penduduk dewasa di seluruh negara sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula pada 24 Februari lalu, kata Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba. Beliau berkata sejumlah 465,793 dos diberikan di seluruh negara semalam, merangkumi 187,495 dos pertama dan 278,298 dos kedua. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 25,008,230 dos, meliputi lebih 15.9 juta atau 68.2 peratus orang dewasa di negara ini menerima dos pertama, dan 9.04 juta atau 38.7 peratus menerima suntikan lengkap vaksin Covid-19. “Jumlah individu yang sudah menerima dos pertama…

Read More

$100 jika gagal pakai pelitup muka

BANDAR SERI BEGAWAN – Kegagalan orang ramai mematuhi arahan pemakaian pelitup muka, mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan boleh dikenakan kompaun BND100, di bawah Bab 62(A) Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204. Bagaimanapun pemakaian itu tidak diwajibkan jika individu tersebut berada di dalam kenderaan berseorangan atau bersama ahli keluarga yang tinggal serumah. Bagi mereka yang berada di dalam kenderaan bersama orang lain, seperti menaiki perkhidmatan teksi (DART) dimestikan memakai pelitup muka bagi kedua-dua pemandu dan penumpang. Peraturan tersebut antara langkah pengawalan dan sekatan yang dikenakan serta merta  berikutan peningkatan kes jangkitan harian…

Read More