2,048 kematian harian Indonesia

JAKARTA 10 Ogos –  Jumlah kematian harian di Indonesia akibat Covid-19 melepasi angka 2,000 hari ini apabila merekodkan 2,048 menjadikan jumlah keseluruhan kini 110,619 orang.

Menurut data Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) hari ini, sebanyak 32,081 kes positif baharu dicatatkan menjadikan kes keseluruhan  3,718,821 orang, dengan 437,055 pesakit aktif (sedang dirawat).

Jumlah kematian tertinggi direkodkan sebanyak 2,069 orang pada 27 Julai lalu.

Kes kematian harian tertinggi direkodkan Jawa Barat yang mencatatkan 491 kes, diikuti, Jawa Tengah 490, Jawa Timur 329, Kalimantan Timur 79 dan Kalimantan Tengah 70.

Bagi kes positif pula, Jawa Tengah merekodkan 4,560 kes, Jawa Barat 4.163 kes, Jawa Timur 3.618, Sumatera Utara 1.753, Kalimantan Timur 1.546.

Sementara itu kes sembuh harian adalah 41,486 menjadikan jumlah keseluruhan 3.171.147 orang (85,3%). 

Jawa Barat menambah 7,441 kes sembuh diikuti Jawa Tengah 6,352, Jawa Timur 4.471, Yogyakarta 2.648 dan Kalimantan Timur 2.460 orang.

Bagi program vaksinasi pula, sebanyak 566,236 orang menerima dos pertama menjadikan 51.195.551 orang manakala penerima dos kedua pula meningkat kepada

24.897.580 orang termasuk tambahan hari ini sebanyak 685.556 orang.

Related posts

Leave a Comment