Singapura lapor 54 kes baharu

SINGAPURA 10 Ogos – Sebanyak 54 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura hari ini melibatkan 53 kes tempatan dan satu kes import menjadikan jumlah keseluruhan 65,890 kes dan 42 kematian. 

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 15 jangkitan tanpa hubung kait dengan kes-kes terdahulu.

Sebanyak 31 kes yang berhubung kait dengan kes-kes sebelumnya telah dikuarantin, manakala baki tujuh kes pula dikesan melalui ujian pemantauan.

Satu kes import pula dikesan sebaik tiba di negara ini dan telah diasingkan.

Sementara itu, mulai harii ini rakyat Singapura, Penduduk Tetap dan pemegang pas jangka panjang yang belum mendapatkan dos pertama vaksin Covid-19 tidak perlu membuat janji temu untuk mendapatkan vaksin Pfizer-BioNTech di pusat vaksinasi.

Ini bagi memudahkan orang ramai untuk mendapatkan vaksin di 26 pusat vaksinasi masyarakat yang menawarkan vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty.

Vaksinasi tanpa janji temu dibenarkan sejak 2 Ogos bagi para penduduk Singapura yang ingin mendapatkan vaksin Moderna dari mana-mana 11 pusat vaksinasi masyarakat yang menawarkan vaksin tersebut.

Related posts

Leave a Comment