Brunei tambah kes jangkitan

BANDAR SERI BEGAWAN 10 Ogos – Brunei Darussalam, buat hari ketiga berturut-turut melaporkan kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini dengan melaporkan 34 kes termasuk dua import menjadikan jumlah keseluruhan 440.

Menteri Kesihatan,  Dr. Md. Isham Jaafar berkata, satu kluster baharu juga dikesan iaitu Semporna Enak yang merekodkan sembilan kes.

Sebanyak lapan kes direkodkan kluster Chung Hua, empat kluster Al Falaah, tiga kluster ABCi, dua kluster Total dan satu Starlodge manakala empat kes tidak diketahui punca jangkitan dan satu kes ada kaitan dengan kes 362 sebelum ini.

Dua lagi kes import melibatkan ketibaan dari Manila pada 28 Julai lalu.

Menurut Dr Md Isham , sembilan kes yang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 314, manakala 123 kes aktif, semuanya dalam keadaan baik.

Di samping itu, sebanyak 92 kes telah mendapat vaksin lengkap dan 85 belum atau belum lengkap.

Related posts

Leave a Comment