6 negeri tambah kes empat angka

PUTRAJAYA 10 Ogos – Enam negeri mencatatkan pertambahan kes dengan empat angka didahului Selangor yang terus kekal merekodkan kes harian tertinggi , hari ini dengan 7,338 kes berbanding 5,740 semalam.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 2,374 kes berbanding 1,567 semalam, Kedah 1,830 (1328), Sabah 1,383 (1,247), Johor 1,344 (1,232) dan Kelantan 1,030 (914).

Hari ini Selangor dan Kuala Lumpur menyumbang 9,712 kes kepada jumlah keseluruhan negara yang merekodkan 19,991 kes.

Perak merekodkan 953 kes berbanding semalam 935 kes, Sarawak 836 (589),

Pulau Pinang 743 (908), Melaka 578 (360), Negeri Sembilan 564 (1,215), Pahang 539 (604), Terengganu 378 (501), Putrajaya 76 (66) dan Perlis 24 (22).

Hanya Labuan mencatatkan satu kes baharu hari ini sekaligus menjadi wilayah yang melaporkan pertambahan kes terendah.

Related posts

Leave a Comment