Korban Covid-19 cecah 100,000

JAKARTA 4 Ogos – Angka korban akibat Covid-19 di Indonesia mencecah 100,000 orang hari ini apabila 1,747 lagi dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif kematian 100,636. Pada masa yang sama Indonesia merekodkan 35,867 kes baharu Covid-19 , meningkat semula berbanding 33,900 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan yang dicatatkan setakat ini sebanyak 3,532,567. Menurut data Satuan Tugas Penanganan Covid-19, kes harian tertinggi adalah di Jawa Tengah sebanyak 4,169 kes diikuti Jawa Timur 4,030,  Jawa Barat 3,994, Jakarta 2.981, Kalimantan Timur 2.222 dan Yogyakarta Jawa Barat 1.862 Kes kematian harian tertinggi…

Read More

Korea Selatan kesan varian Delta Plus

SEOUL: Korea Selatan mengesan dua kes pertama varian Delta Plus Covid-19, kata Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) pada Selasa, ketika negara itu berdepan gelombang jangkitan keempat. Varian Delta Plus merupakan sub-lineage varian Delta yang pertama kali dikenal pasti di India. Setakat ini Britain, Portugal dan India juga telah melaporkan kes varian Delta Plus. Kes pertama di Korea Selatan dikesan pada seorang lelaki berusia 40-an yang tidak mempunyai sejarah perjalanan dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini,” kata KDCA . Saringan terhadap 280 kontak rapat lelaki itu mendapati hanya anaknya…

Read More

Moratorium vaksin penggalak

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meminta pelaksanaan moratorium sekurang-kurangnya sehingga akhir September ini.berhubung suntikan vaksin ‘booster’ atau penggalak bagi inokulasi Covid-19. Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus, pendekatan ini dapat menangani ketidaksamaan bekalan vaksin antara negara miskin dan maju, sekali gus membolehkan lebih ramai menerima suntikan lengkap dua dos. “Tindakan ini dapat membantu usaha kita memastikan sekurang-kurangnya 10 peratus penduduk dunia melengkapkan dua dos suntikan vaksin. “Saya faham kerisauan semua kerajaan untuk melindungi penduduk daripada varian Delta tetapi janganlah sampai membolot semua bekalan vaksin sehingga penduduk negara miskin tidak dapat dilindungi,” katanya.…

Read More

Arab Saudi catat 1,043 kes baharu

RIYADH 4 Ogos – Arab Saudi hari ini merekodkan 1,043 kes jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 529,995 kes. Dalam tempoh 24 jam yang sama, 14 pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kumulatif 8,284 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,211 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 511,318 orang. Sementara itu Makkah merekodkan 214 kes, diikuti Riyadh 192, Timur 169, dan Asir 126 kes.. Terdapat 10,393 kes aktif dan 1,396 dalam keadaan kritikal.

Read More

339 kes di Brunei, 198 kes import

BANDAR SERI BEGAWAN 4 Ogos. – Setakat semalam, Brunei Darussalam merekodkan 198 kes import sejak kes terakhir jangkitan tempatan dilaporkan. pada 6 Mei 2020. Menurut Kementerian Kesihatan, kes import terbaharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 339 orang dan tiga kematian. Kes itu melibatkan seorang wanita, berumur 26 tahun, yang tiba  dari Manila pada 21 Julai 2021. Wanita itu tidak mengalami sebarang tanda-tanda jangkitan dan penyiasatan serta pengesanan kontak mengesahkan tidak ada kontak terdekat bagi kes ini. Kementerian Kesihatan juga memaklumkan bahawa setakat ini, negara itu mencatatkan 454 hari…

Read More

Kes, kematian harian tertinggi

PUTRAJAYA 4 Ogos – Malaysia sekali lagi mencatatkan kes harian dan kematian tertinggi apabila 19,819 lagi kes baharu dengan 257 kematian dilaporkan hari ini. Pertambahan angka berkenaan juga menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 dalam negara ini sebanyak 1,183,110 dan 9,855 kematian Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata secara keseluruhan bagi kes baharu hari ini, hanya 3,592 kes iaitu 18.1 peratus daripada jumlah kes yang mempunyai sejarah vaksinasi. “Ia adalah 842 kes dalam kategori satu, kategori dua (2,671), kategori tiga (61), kategori empat (10) dan kategori lima (lapan),” katanya…

Read More

Kes indeks kanak-kanak cetus kluster

PUTRAJAYA 4 Ogos – Kes indeks membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun dikesan menjadi punca tercetusnya Kluster Kampung Morak Palekbang di Tumpat, Kelantan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini kluster itu sudah menjangkiti seramai 34 individu. Kes indeks kluster ini mempunyai gejala sejak 22 Julai lalu dan kemudiannya dilaporkan positif virus empat hari kemudian dengan sehingga kini seramai 51 kontak rapat sudah disaring oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Terdapat 35 kluster baharu dikesan KKM hari ini membabitkan 20 kluster komuniti, tempat kerja (14) dan aktiviti keagamaan (satu).…

Read More

95 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 4 Ogos – Sebanyak 92 kes Covid-19 dalam masyarakat dan tiga kes import dilaporkan di Singapura hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 65,410 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) dalam kalangan kes dalam masyarakat, 54 berhubung kait dengan kes-kes terdahulu dan sudahpun dikenakan kuarantin. Lapan kes lagi berhubung kait dengan kes-kes terdahulu dan dikesan menerusi pemantauan sementara 30 kes tidak kaitan. Dalam kalangan kes tersebut, satu kes melibatkan seorang warga emas yang berusia 70 tahun ke atas dan belum divaksin serta berisiko menghidap penyakit serius. Selain itu, terdapat tiga kes import yang…

Read More

Selangor, KL sumbang 10,844 kes

PUTRAJAYA 4 Ogos – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Selangor melonjak hari ini dengan merekodkan 8,377 kes, peningkatan yang besar berbanding 5,836 yang dilaporkan semalam. Di samping itu empat lagi negeri  merekodkan empat angka iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Kedah dan Kelantan, semuanya merekodkan kenaikan kes berbanding semalam. Kuala Lumpur merekodkan 2,467 kes berbanding 2,309 semalam, Kedah 1,371 (1,036), Johor 1,162 (1,275) dan Kelantan yang mencatatkan 915 kes semalam menambah kepada 1,003 kes. Dengan perkembangan ini Selangor dan Kuala Lumpur menyumbang 10,844 kes kepada jumlah kes harian seluruh…

Read More