95 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 4 Ogos – Sebanyak 92 kes Covid-19 dalam masyarakat dan tiga kes import dilaporkan di Singapura hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 65,410 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) dalam kalangan kes dalam masyarakat, 54 berhubung kait dengan kes-kes terdahulu dan sudahpun dikenakan kuarantin.

Lapan kes lagi berhubung kait dengan kes-kes terdahulu dan dikesan menerusi pemantauan sementara 30 kes tidak kaitan.

Dalam kalangan kes tersebut, satu kes melibatkan seorang warga emas yang berusia 70 tahun ke atas dan belum divaksin serta berisiko menghidap penyakit serius.

Selain itu, terdapat tiga kes import yang sudahpun dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini.

Satu daripada kes itu dikesan sejurus tiba di Singapura manakala lagi dua mengalami jangkitan semasa menjalani SHN atau pengasingan.

Sementara itu, lapan kluster baharu dilaporkan semalam termasuk satu di Hospital Besar Changi (CGH).

Menurut CGH, pihaknya dapat mengesan tiga kes Covid-19 dalam satu wad.

Related posts

Leave a Comment