Selangor, KL sumbang 10,844 kes

PUTRAJAYA 4 Ogos – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Selangor melonjak hari ini dengan merekodkan 8,377 kes, peningkatan yang besar berbanding 5,836 yang dilaporkan semalam.

Di samping itu empat lagi negeri  merekodkan empat angka iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Kedah dan Kelantan, semuanya merekodkan kenaikan kes berbanding semalam.

Kuala Lumpur merekodkan 2,467 kes berbanding 2,309 semalam, Kedah 1,371 (1,036), Johor 1,162 (1,275) dan Kelantan yang mencatatkan 915 kes semalam menambah kepada 1,003 kes.

Dengan perkembangan ini Selangor dan Kuala Lumpur menyumbang 10,844 kes kepada jumlah kes harian seluruh negara hari ini 19,819.

Sabah yang mencatatkan 1,010 semalam hari ini turun kepada 949 manakala Pulau Pinang mencatatkan peningkatan dari 798 kepada 867, Negeri Sembilan 800 (816) dan Perak 662 (967).

Tiga negeri merekodkan lebih 500 kes iaitu Pahang 558 (628), Sarawak 552 (494) dan Melaka sama seperti semalam iaitu 508 kes.

Terengganu merekodkan 481 (429), Wilayah Persekutuan Putrajaya 46 (72), Perlis 11 (7) dan Wilayah Persekutuan Labuan lima kes sama seperti semalam.

Related posts

Leave a Comment