Korban Covid-19 cecah 100,000

JAKARTA 4 Ogos – Angka korban akibat Covid-19 di Indonesia mencecah 100,000 orang hari ini apabila 1,747 lagi dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif kematian 100,636.

Pada masa yang sama Indonesia merekodkan 35,867 kes baharu Covid-19 , meningkat semula berbanding 33,900 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan yang dicatatkan setakat ini sebanyak 3,532,567.

Menurut data Satuan Tugas Penanganan Covid-19, kes harian tertinggi adalah di Jawa Tengah sebanyak 4,169 kes diikuti Jawa Timur 4,030,  Jawa Barat 3,994, Jakarta 2.981, Kalimantan Timur 2.222 dan Yogyakarta Jawa Barat 1.862

Kes kematian harian tertinggi pula adalah di Jawa Tengah sebanyak 520 kes dengan jumlah kumulatifnya 20,947, Jawa Timur 339 (21,670), Jawa Barat 142 (9,960),  Kalimantan Timur 85 (3,616), kasus dan dan Banten 80 (2,250).

Jawa Tengah juga mendahului kes sembuh dengan Jawa Tengah menambah 6,135 orang diikuti Jawa Barat 5,378, Jawa Timur 4,192, Jakarta 2,471, dan Banten 2,420.

Sementara itu program vaksinasi merekodkan jumlah penerima vaksin pertama terus bertambah dan hari ini sebanyak 379.057 orang dengan jumlahnya melebihi 48 juta orang atau 48.485.265 orang.

Penerima vaksinasi kedua juga meningkat melebihi 21 juta orang atau angka tepatnya 21.965.366 orang termasuk tambahan hari ini sebanyak 528.458 orang.

Related posts

Leave a Comment