339 kes di Brunei, 198 kes import

BANDAR SERI BEGAWAN 4 Ogos. – Setakat semalam, Brunei Darussalam merekodkan 198 kes import sejak kes terakhir jangkitan tempatan dilaporkan. pada 6 Mei 2020.

Menurut Kementerian Kesihatan, kes import terbaharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 339 orang dan tiga kematian.

Kes itu melibatkan seorang wanita, berumur 26 tahun, yang tiba  dari Manila pada 21 Julai 2021.

Wanita itu tidak mengalami sebarang tanda-tanda jangkitan dan penyiasatan serta pengesanan kontak mengesahkan tidak ada kontak terdekat bagi kes ini.

Kementerian Kesihatan juga memaklumkan bahawa setakat ini, negara itu mencatatkan 454 hari kes sifar, iaitu bagi kes terakhir jangkitan tempatan Covid-19 sejak laporan terakhir dicatatkan, pada 6 Mei 2020.

Menurut Kementerian Kesihatan lagi, 52 kes aktif menjalani rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan dan satu kes dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini seramai 284 orang.

Seramai 530 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, sementara seramai 22,958 orang menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

Related posts

Leave a Comment