Arab Saudi catat 1,043 kes baharu

RIYADH 4 Ogos – Arab Saudi hari ini merekodkan 1,043 kes jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 529,995 kes.

Dalam tempoh 24 jam yang sama, 14 pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kumulatif 8,284 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,211 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 511,318 orang.

Sementara itu Makkah merekodkan 214 kes, diikuti Riyadh 192, Timur 169, dan Asir 126 kes..

Terdapat 10,393 kes aktif dan 1,396 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment