Jerman beri suntikan booster September

BERLIN: Jerman akan mula memberi suntikan ‘booster’ atau penggalak vaksin Covid-19 kepada golongan rentan pada September ini.

Suntikan penggalak itu akan menggunakan vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna tanpa mengambil kira jenis vaksin diterima sebelumnya.

Keputusan itu dicapai barisan menteri selepas perbincangan dengan Menteri Kesihatan Persekutuan, Jens Spahn.

Mereka juga bersetuju memberi vaksin kepada individu berusia antara 12 hingga 17 tahun.

Kemunculan varian Delta yang pertama kali ditemui di India dan merebak lebih cepat, mungkin memaksa negara itu melaksanakan semula sekatan pergerakan menjelang pilihan raya umum di Eropah pada September.

Lebih 52 peratus penduduk sudah lengkap divaksinasi dan hampir 62 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi individu berusia antara 12 dan 17 tahun adalah sukarela seperti populasi lain dan hanya akan dilakukan selepas menerima persetujuan ibu bapa dan pemeriksaan perubatan mengetepikan risiko kesihatan serius.

Related posts

Leave a Comment