New York lepasi 10 juta dos

NEW York berjaya melepasi jumlah pemberian vaksin lebih 10 juta dos pada hujung minggu lalu, kata Datuk Bandar New York Bill de Blasio.

Katanya, dalam usaha untuk terus meningkatkan kadar vaksinasi di bandar raya itu, mereka yang diterima bekerja di bandar itu perlu membuktikan sijil vaksinasi mereka.

Justeru, katanya, berkuat kuasa serta merta, setiap pekerja baharu perlu membuktikan vaksinasi mereka dan majikan perlu memastikan perkara tersebut.

Setiap mereka yang diterima bekerja di New York, sebelum melaporkan diri, mereka perlu mengesahkan vaksinasi, jika tidak, mereka tidak boleh memulakan kerja.

Beliau bagaimanapun mengingatkan walaupun kadar vaksinasi yang memberangsangkan, orang awam yang sudah melengkapkan vaksinasi perlu mengenakan pelitup muka terutamanya di tempat awam yang tertutup.

Katanya, pelitup muka itu penting kerana di luar ada orang yang belum divaksinasi, atau anda tidak kenal orang di sekeliling, tidak pasti mereka sudah menerima vaksin atau tidak, mereka yang dikenali tetapi tidak divaksinasi.

Related posts

Leave a Comment