PETALING JAYA 19 Sept. – Bersatu berharap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dapat membuat keputusan segera berhubung aduan dikemukakan parti itu, bulan lalu, kata Presidennya, TanMuhyiddin Yassin. Beliau berkata pihaknya mengemukakan lapan perkara utama yang didakwa dilanggar dan tidak dihormati oleh pimpinan Perikatan Nasional (PN). Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut lapan perkara itu, sebaliknya menegaskan Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sudah dipanggil untuk memberikan penjelasan. “Kita membuat aduan dan daripada pertemuan itu, kita dapati RoS mengambil berat perkara berkenaan. Kita serahkan kepada kebijaksanaan RoS dan diharapkan keputusan dapat…
Read MoreDay: September 19, 2026
Loke letak jawatan Menteri Pengangkutan
KUALA LUMPUR 20 Sept. – Loke Siew Fook mengumumkan peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, sebagai tindak balas DAP terhadap keputusan tahanan rumah kepada bekas Perdana Menteri, Najib Razak. Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP itu berkata, menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri lain daripada DAP akan kekal dalam Kerajaan Perpaduan. Pengumuman itu dibuat selepas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengadakan mesyuarat tergempar selama tiga jam di ibu pejabat parti itu hari ini, dipercayai berkaitan pengampunan bersyarat Najib. Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, surat peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan akan dihantar kepada Perdana Menteri,…
Read MoreTiada siapa atasi undang-undang, Perlembagaan
SEPANG 19 Sept. – Pelaksanaan kuasa pengampunan tidak boleh digambarkan sebagai tindakan ‘mengatasi undang-undang’ kerana ia diperuntukkan Perkara 42, Perlembagaan Persekutuan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata bagi kesalahan dilakukan di Wilayah-Wilayah Persekutuan, Perkara 42 memperuntukkan kuasa pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong serta menetapkan kerangka Lembaga Pengampunan. “Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi negara dan semua pihak juga tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan. “Jadi prinsip kedaulatan undang-undang tidak pernah dipertikaikan. Tiada individu, kerajaan atau institusi berada di atas undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.…
Read MoreBerita pilihan…
PBB kesal AS halang wakil Palesrin
NEW YORK – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kesal dengan tindakan Amerika Syarikat (AS) menafikan visa kepada pegawai Palestin sehingga menghalang Presiden Mahmoud Abbas, daripada menghadiri Minggu Peringkat Tinggi Perhimpunan Agung PBB (UNGA) tahun ini secara fizikal. Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, amat kesal dengan pengumuman AS untuk melanjutkan sekatan yang akan menyebabkan anggota Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan pegawai Pihak Berkuasa Palestin (PA) dinafikan visa bagi menyertai mesyuarat PBB. Jurucakap Guterres, Stephane Dujarric berkata, Guterres sekali gus menggesa AS selaku negara tuan rumah supaya memastikan visa dikeluarkan kepada semua delegasi…
Read MoreSituasi kemanusiaan makin kritikal
GENEVA – Situasi kemanusiaan yang sudah sedia kritikal kini semakin buruk susulan pertempuran di Yaman yang menyebabkan puluhan ribu lagi penduduk memerlukan bantuan untuk terus hidup. Menurut pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, seramai 22 juta orang, hampir separuh daripada keseluruhan penduduk, bergantung kepada bantuan kemanusiaan. Ketua Misi Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) di Yaman Abdusattor Esoev berkata, sumber yang ada sangat terhad dan bekalan akan habis tidak lama lagi. Manakala wakil Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) Francesco Galtieri, yang mengendalikan kesihatan seksual dan reproduktif, berkata krisis semakin…
Read More