30.7 % dapat suntikan lengkap

PUTRAJAYA 3 Ogos – Hampir 61.8 peratus populasi dewasa negara menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan 30.7 peratus sudah mendapat suntikan lengkap vaksin, kata Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba.

Setakat semalam sejumlah 21,668,999 dos diberikan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula pada 24 Februari lalu.

Semalam, 468,526 dos diberikan merangkumi 223,479 dos pertama dan 245,047 dos kedua.

Setakat semalam, jumlah keseluruhan penerima dos pertama ialah 14,471,138 orang, manakala 7,197,861 individu pula sudah menerima dos kedua.

Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menunjukkan Labuan merekodkan 95.2 peratus populasi dewasa sudah menerima dos pertama dan 82.2 peratus dos kedua.

Lembah Klang pula merekodkan 97.3 peratus penerima dewasa dos pertama dan 39.4 peratus dos kedua, selain Sarawak (84.9 peratus dos pertama, 67 peratus dos kedua); Perlis (63.3 peratus dos pertama, 43.2 peratus dos kedua) dan Negeri Sembilan (73.4 peratus dos pertama, 39.3 peratus dos kedua).

Selain itu, Melaka (50.8 peratus dos pertama, 27.9 peratus dos kedua); Terengganu (43.7 peratus dos pertama, 27.6 peratus dos kedua); Perak (42 peratus dos pertama, 26.4 peratus dos kedua) dan Pahang (43.9 peratus dos pertama, 22.9 peratus dos kedua).

Related posts

Leave a Comment