Kematian ke-38 Covid-19 di Singapura

SINGAPURA 3 Ogos – Satu kes import Covid-19, lelaki Ukraine yang berusia 34 tahun meninggal dunia di Singapura pada Ahad, 1 Ogos disebabkan komplikasi akibat virus itu, demikian menurut keKementerian Kesihatan (MoH)

Lelaki itu yang belum divaksinasi, merupakan anak kapal yang tiba di Singapura dengan menaiki sebuah kapal pada 29 Julai lalu.

Menurut MoH, lelaki itu mengalami demam, batuk dan kelesuan pada 25 Julai dan kemudian sesak nafas pada 31 Julai.

Beliau dibawa dari kapal itu ke Hospital Besar Singapura (SGH)pada Ahad dan disahkan dijangkiti Covid-19 pada hari yang sama.

Lelaki itu merupkan korban paling muda Covid-19 di Singapura dan secara keseluruhan, kematian ke 38 akibat komplikasi daripada Covid-19.

Sementara itu, sebanyak 602 kes sedang menjalani rawatan di hospital, kebanyakannya dalam keadaan baik dan di bawah pemantauan.

Terdapat 36 kes jangkitan serius yang memerlukan bantuan oksigen tambahan dan tujuh berada dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi (ICU).

Empat daripada 43 kes itu sudah lengkap divaksinasi di mana, tiga memerlukan bantuan oksigen tambahan manakala seorang lagi memerlukan jagaan ICU kerana mereka mengalami penyakit-penyakit lain.

Seramai 31 individu berusia 60 tahun dan ke atas, yang mana 28 daripadanya belum lagi menerima vaksin lengkap atau baru menerima satu dos vaksin sahaja, mengalami sakit teruk.

Related posts

Leave a Comment