AS$100 : Minnesota ikut jejak New York

SELEPAS New York menawarkan AS$100, Minnesota turut menawarkan insentif yang sama kepada warganya yang mendapat vaksin Covid-19 sehingga pertengahan Ogos.

Di samping itu, bermula Jumaat, warga Minnesota yang berusia 12 tahun ke atas yang mendapat suntikan pertama mereka sehingga 15 Ogos juga diberi ganjaran berupa kad visa dengan nilai AS$100 di dalamnya.

Amerika Syarikat sejak akhir-akhir ini terpalit dengan ancaman berita palsu yang menyebabkan program vaksinasi di negara itu kurang mendapat sambutan.

Sebelum ini, Datuk Bandar New York, Bill de Blasio mengumumkan pada Rabu, New York City akan menawarkan AS$100 kepada mana-mana penduduk yang mendapat dos pertama.

Sebelum ini kerajaan persekutuan dan negeri Amerika Syarikat telah menawarkan insentif vaksinasi termasuk tiket loteri, biasiswa, perjalanan kereta bawah tanah percuma, tiket percuma ke muzium, permainan sukan dan beberapa tarikan lain.

Related posts

Leave a Comment