Kadar kebolehjangkitan 1.12

PUTRAJAYA 31 Julai – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 di Malaysia mencatatkan penurunan dengan merekodkan bacaan 1.12 semalam berbanding 1.15 pada Khamis.

Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi atau sama purata kebangsaan di mana Terengganu dan Kelantan mencatatkan kadar tertinggi,

masing-masing dengan 1.29.

Ini diikuti Sabah 1.25 Kedah dan Perak masing-masing 1.22, Pulau Pinang dan Johor masing-masing 1.18, Putrajaya 1.16, Pahang 1.13 dan Kuala Lumpur 1.12.

Negeri yang di bawah purata kebangsaan termasuk Selangor 1.08, Sarawak 1.05, Melaka 1.03 dan Negeri Sembilan 0.90.

Perlis dan Labuan masing-masing mencatat 13 dan tujuh kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment