PICK suntik 20 juta dos vaksin

PUTRAJAYA 31 Julai – Sebanyak 20,014,549 dos vaksin Covid-19 diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan sejak 24 Februari lalu hingga semalam, kata Menteri Kesihatan,  Dr Adham Baba.

Daripada jumlah itu, sebanyak 13,500,479 adalah suntikan vaksin dos pertama, manakala 6,514,070 lagi adalah dos kedua.

“Mengikut peratusan, 41.3 peratus daripada populasi negara sudah mendapat dos pertama, manakala 19.9 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya

Bagi vaksinasi harian pula, Dr Adham berkata, sebanyak 512,097 dos diberikan semalam, dengan 315,737 adalah pemberian dos pertama, manakala 196,360 lagi dos kedua.

Dr Adham turut memaklumkan lima negeri tertinggi mencatatkan pemberian dos pertama dan kedua pada Selasa iaitu Selangor dengan 159,641 orang diikuti Kuala Lumpur (91,128), Perak (31,776), Sarawak (30,335) dan Negeri Sembilan (26,850).

Menurutnya lagi, 66.1 peratus daripada penduduk Lembah Klang sudah divaksinasi dos pertama dengan 25.1 peratus sudah melengkapkan dua vaksin.

Related posts

Leave a Comment