Kes keseluruhan 1,095,486

PUTRAJAYA 30 Julai – Jumlah keseluruhan kes jangkitan meningkat kepada 1,095,486 kes berikutan pertambahan kes baharu sebanyak 16,840. Sebanyak 134 kematian membabitkan jangkitan Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 8,859 orang. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor kekal mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 35 kes diikuti Melaka (17), masing-masing 15 kes di Johor dan Negeri Sembilan, masing-masing 12 kes di Kedah dan Perak serta Kuala Lumpur (10). Selain itu, enam kes di Sabah, Terengganu (lima), Pahang (empat), Kelantan (dua) dan satu kes di Pulau Pinang. “Sehingga kini 183,706…

Read More

47 kluster baharu, 1,784 dijangkiti

PUTRAJAYA 30 Julai – Sebanyak 47 kluster baharu dikesan hari ini,  angka tertinggi kluster jangkitan Covid-19 yang pernah dilaporkan dalam sehari, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada jumlah itu 24 kluster membabitkan tempat kerja, kalangan komuniti (17), kumpulan berisiko (tiga), institusi pendidikan (dua) dan satu aktiviti keagamaan. Berikutan pertambahan kluster itu seramai 1,784 individu disahkan dijangkiti Covid-19. “Ada antara kluster dikesan membabitkan majlis perkahwinan, merentas negeri dan aktiviti ziarah ketika perayaan. “Kluster Kampung Haji Saman yang dikesan di Bachok, Kelantan membabitkan individu menghadiri majlis perkahwinan kini sudah menjangkiti…

Read More

6 negeri lepasi 1,000 kes harian

PUTRAJAYA 30 Julai – Enam negeri merekodkan lebih 1,000 kes harian hari ini dengan Sabah dan Negeri Sembilan menyertai Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Kedah mencatatkan jumlah empat angka. Perlis pula mula menunjukkan peningkatan kes dengan merekodkan 13 kes berbanding 10 semalam. Walaupun jumlah keseluruhan kes seluruh negara hari ini 16,840 kurang daripada 17,170 yang direkodkan semalam, banyak negeri mencatatkan peningkatan kes atau merekodkan kes yang tinggi. Selangor mendahului dengan 6,092 berbanding 7,163 semalam, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2,114 (2,138), Kedah 1,281 (1,212), Johor 1,104 (1,054), Sabah 1,066…

Read More

8,562 kes baharu di Filipina

MANILA 30 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 8,562 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,580,824. Setakat pukul 4 petang ini, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 1,491,182 orang atau 94.3 peratus daripada keseluruhan kes. Hari ini, 2,854 orang pesakit dilaporkan sembuh manakala kes aktif pula sebanyak . 61,920 orang. DoH juga melaporkan 145 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 27,722 orang. Sementara itu, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte meluluskan perintah penutupan (lockdown) ke atas wilayah ibu negara,…

Read More

Thailand kekal 17,000 kes harian

BANGKOK 30 Julai – Thailand terus merekodkan kes yang tinggi dengan kekal 17,000 kes walaupun angka yang direkodkan hari ini, 17,345 lebih rendah berbanding 17,669 yang dilaporkan semalam. Sebanyak 117 kematian direkodkan hari ini, juga lebih rendah berbanding 165 orang yang dilaporkan meninggal dunia semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 578,375 dan kematian pula meningkat kepada 4,679. Daripada keseluruhan kes baharu itu, sebanyak 16,664 melibatkan orang awam dan lapan kes import manakala 681 lagi kes dalam kalangan banduan penjara. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, kes kematian melibatkan mereka…

Read More

Singapura catat 139 kes baharu

SINGAPURA 30 Julai – Singapura melaporkan 139 kes baharu Covid-19 yang melibatkan 131 kes tempatan dan lapan kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes setakat hari ini sebanyak 64,861. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) bagi kes tempatan sebanyak 52 jangkitan tidak berhubung kait dengan kes sebelum ini , 64 ada kaitan dengan kes-kes terdahulu dan sudah dikenakan kuarantin. Sebanyak 15 kes berkait dengan kes-kes sebelumnya dan dikesan menerusi ujian pemantauan. Sebanyak 28 kes berhubung kait dengan kluster Pelabuhan Perikanan Jurong/ Pasar & Pusat Penjaja Hong Lim dan satu lagi dikaitkan…

Read More

Sembilan lagi positif di Parlimen

PUTRAJAYA 30 Julai – Sembilan lagi kes positif Covid-19 dikesan di Parlimen, menjadikan jumlah keseluruhan 11 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata sembilan kes itu dikesan melalui kit ujian kendiri RTK Antigen air liur yang dilaksanakan petang semalam. Katanya, pelaksanaan ujian kendiri itu dilakukan selepas terdapat dua kes positif yang dikesan di dalam bangunan berkenaan. Semalam, 29 Julai pukul 12.30 tengah hari, Kementerian Kesihatan (KKM) dimaklumkan mengenai dua kes positif Covid- 19 yang hadir ke Parlimen. Kes pertama seorang petugas yang hadir ke Parlimen pada…

Read More

Kesan fah talai jone @ hempedu bumi

BANGKOK 30 Julai – Kabinet Thailand meluluskan penggunaan Fah Talai Jone  (green chiretta atau Andrographis paniculata) untuk merawat kes-kes asimtomatik Covid-19, setelah penggunaan ubat herba itu berjaya digunakan di penjara. Timbalan jurucakap kerajaan Ratchada Thanadirek menyatakan bahawa rawatan dengan ramuan ini akan membantu melegakan tekanan pada sistem kesihatan awam, dengan lebih dari 14,000 kes baharu dilaporkan setiap hari. Menurut laporan yang disiarkan Facebook PR Thai, sebanyak 11,800 tahanan dengan gejala ringan diberi ubat herba berkenaan dan 99.02 peratus daripadanya pulih. Kementerian Pengajian Tinggi, Sains, Penyelidikan, dan Inovasi mengesyorkan agar pesakit…

Read More

556,404 dos, jumlah tertinggi

PUTRAJAYA 30 Julai – Sebanyak 556,404 dos diagihkan kepada penerima yang layak di seluruh negara, semalam, angka tertinggi berbanding 552,701 dos yang diberikan kelmarin. Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) menjelaskan sebanyak 343,530 terdiri daripada dos pertama, manakala 22,874 ialah dos kedua. Sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsan (PICK) dilaksanakan pada 23 Februari lalu, sebanyak 19,502,452 dos vaksin diberikan kepada penerima yang layak. Berdasarkan jumlah keseluruhan itu, sebanyak 13,148,742 meliputi dos pertama, manakala 6,317,710 ialah dos kedua. Ini bermakna jumlah pemberian dos kedua vaksin di seluruh negara setakat semalam mewakili…

Read More

Delta cetus gelombang keempat

KAHERAH: Varian Delta mencetuskan gelombang keempat penularan di Asia Barat yang masih mencatat kadar vaksinasi rendah, kata Pengarah Rantau Mediterranean Timur Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Ahmed al-Mandhari. Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata, strain yang memiliki kebolehjangkitan tinggi yang tercetus di India itu, telah dikesan di 15 daripada 22 negara dan wilayah bawah pemantauannya, dari Maghribi hinggalah ke Pakistan. “Perebakan varian Delta telah memacu lonjakan kes dan kematian akibat Covid-19 di semakin banyak negara dalam rantau Mediterranean Timur WHO. “Sebahagian besar kes baharu dan pesakit dimasukkan ke hospital membabitkan mereka…

Read More