6 negeri lepasi 1,000 kes harian

PUTRAJAYA 30 Julai – Enam negeri merekodkan lebih 1,000 kes harian hari ini dengan Sabah dan Negeri Sembilan menyertai Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Kedah mencatatkan jumlah empat angka.

Perlis pula mula menunjukkan peningkatan kes dengan merekodkan 13 kes berbanding 10 semalam.

Walaupun jumlah keseluruhan kes seluruh negara hari ini 16,840 kurang daripada 17,170 yang direkodkan semalam, banyak negeri mencatatkan peningkatan kes atau merekodkan kes yang tinggi.

Selangor mendahului dengan 6,092 berbanding 7,163 semalam, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2,114 (2,138), Kedah 1,281 (1,212), Johor 1,104 (1,054), Sabah 1,066 (776), Negeri Sembilan 1,079 (884)

Sementara itu, lima negeri merekodkan lebih 500 kes iaitu Perak 810 (596), Pulau Pinang 689 (554), Kelantan 656 (615), Melaka 581 (416), dan Pahang 540 (638).

Lain-lain negeri, Sarawak 450 berbanding 582 semalam, Terengganu 258 (437) Putrajaya 100 (84) dan Labuan 7 (11).

Related posts

Leave a Comment