8,562 kes baharu di Filipina

MANILA 30 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 8,562 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,580,824.

Setakat pukul 4 petang ini, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 1,491,182 orang atau 94.3 peratus daripada keseluruhan kes.

Hari ini, 2,854 orang pesakit dilaporkan sembuh manakala kes aktif pula sebanyak . 61,920 orang.

DoH juga melaporkan 145 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 27,722 orang.

Sementara itu, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte meluluskan perintah penutupan (lockdown) ke atas wilayah ibu negara, Manila, dalam usaha mengawal penularan varian Delta Covid-19.

Portal berita The Manila Times melaporkan, langkah itu antara lain untuk melindungi sistem kesihatan negara itu yang buat masa ini berdepan cabaran.

Manila yang merangkumi gabungan 16 buah bandar dan dihuni oleh 13 juta penduduk, akan diletakkan di bawah perintah kuarantin yang amat ketat bermula 6 Ogos sehingga 20 Ogos.

Jurucakap Presiden, Harry Roque dalam satu pengumuman yang disiarkan di televisyen berkata,  keputusan yang sukar itu  demi kebaikan semua pihak.

Pada masa sama, orang ramai dilarang makan di tempat makan, sama ada di kawasan tertutup mahupun terbuka.

“Varian Delta kini sudah menular dalam Metro Manila. Langkah ini sangat perlu, kata Pengerusi Majlis Datuk Bandar, Benjamin Abalos.

Related posts

Leave a Comment