Kesan fah talai jone @ hempedu bumi

BANGKOK 30 Julai – Kabinet Thailand meluluskan penggunaan Fah Talai Jone  (green chiretta atau Andrographis paniculata) untuk merawat kes-kes asimtomatik Covid-19, setelah penggunaan ubat herba itu berjaya digunakan di penjara.

Timbalan jurucakap kerajaan Ratchada Thanadirek menyatakan bahawa rawatan dengan ramuan ini akan membantu melegakan tekanan pada sistem kesihatan awam, dengan lebih dari 14,000 kes baharu dilaporkan setiap hari.

Menurut laporan yang disiarkan Facebook PR Thai, sebanyak 11,800 tahanan dengan gejala ringan diberi ubat herba berkenaan dan 99.02 peratus daripadanya pulih.

Kementerian Pengajian Tinggi, Sains, Penyelidikan, dan Inovasi mengesyorkan agar pesakit tanpa gejala boleh mengambil 180 mg Fah Talai Jone, dibahagikan kepada tiga dos 60 mg, sehari pada waktu makan.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Thailand meluluskan penggunaan ekstrak herba untuk rawatan peringkat awal Covid-19.

Bloomberg melaporkan, kementerian itu dalam kenyataan berkata, tumbuhan herba Andrographis Paniculata (green chiretta) atau hempedu bumi sudah diuji sebagai rawatan alternatif bagi mengurangkan kesan akibat jangkitan virus ini.

Rawatan awal ini, dapat mengurangkan kos dan memberi kelegaan kepada pesakit, malah ia sudah ditawarkan di lima hospital milik kerajaan.

Related posts

Leave a Comment