Singapura catat 139 kes baharu

SINGAPURA 30 Julai – Singapura melaporkan 139 kes baharu Covid-19 yang melibatkan 131 kes tempatan dan lapan kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes setakat hari ini sebanyak 64,861.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) bagi kes tempatan sebanyak 52 jangkitan tidak berhubung kait dengan kes sebelum ini , 64 ada kaitan dengan kes-kes terdahulu dan sudah dikenakan kuarantin.

Sebanyak 15 kes berkait dengan kes-kes sebelumnya dan dikesan menerusi ujian pemantauan.

Sebanyak 28 kes berhubung kait dengan kluster Pelabuhan Perikanan Jurong/ Pasar & Pusat Penjaja Hong Lim dan satu lagi dikaitkan dengan kluster KTV.

Dengan perkembangan ini, Kluster Pelabuhan Perikanan Jurong kini melaporkan 997 kes dan kekal sebagai kluster aktif terbesar di negara ini.

MoH juga memaklumkan dalam kalangan kes baharu itu turut melibatkan seorang warga emas berusia lebih 70 tahun yang sudah menerima satu dos suntikan vaksin dan berisiko sakit teruk.

Mengenai kes import, dua kes dikesan semasa tiba di Singapura manakala seorang lagi jatuh sakit semasa menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN)

Related posts

Leave a Comment