Thailand kekal 17,000 kes harian

BANGKOK 30 Julai – Thailand terus merekodkan kes yang tinggi dengan kekal 17,000 kes walaupun angka yang direkodkan hari ini, 17,345 lebih rendah berbanding 17,669 yang dilaporkan semalam.

Sebanyak 117 kematian direkodkan hari ini, juga lebih rendah berbanding 165 orang yang dilaporkan meninggal dunia semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 578,375 dan kematian pula meningkat kepada 4,679.

Daripada keseluruhan kes baharu itu, sebanyak 16,664 melibatkan orang awam dan lapan kes import manakala 681 lagi kes dalam kalangan banduan penjara.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, kes kematian melibatkan mereka yang berumur 33 hingga 92 tahun di mana 112 warga Thai dan lima dari Myanmar.

Bangkok antara yang merekodkan kematian tertinggi iaitu 55 orang di samping sembilan di Samut Prakan, lapan Samut Sakhon, tujuh di Narathiwat, dan enam di Pathum Thani.

Bangkok juga merekodkan kes tertinggi dengan 3,231 kes diikuti Samut Prakan 1,386

Samut Sakhon 1,186, Chon Burii 914 dan Nonthaburi 587.

Kes import pula melibatkan ketibaan dari Qatar (1), United Kingdom (1),  Sepanyol (1), Kemboja (2) dan  Malaysia (3 ).

Setakat semalam, Khamis sebanyak 192,526 orang menerima rawatan di hospital, di mana 4,595 dalam keadaan serius dan 1,012 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment