556,404 dos, jumlah tertinggi

PUTRAJAYA 30 Julai – Sebanyak 556,404 dos diagihkan kepada penerima yang layak di seluruh negara, semalam, angka tertinggi berbanding 552,701 dos yang diberikan kelmarin.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) menjelaskan sebanyak 343,530 terdiri daripada dos pertama, manakala 22,874 ialah dos kedua.

Sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsan (PICK) dilaksanakan pada 23 Februari lalu, sebanyak 19,502,452 dos vaksin diberikan kepada penerima yang layak.

Berdasarkan jumlah keseluruhan itu, sebanyak 13,148,742 meliputi dos pertama, manakala 6,317,710 ialah dos kedua.

Ini bermakna jumlah pemberian dos kedua vaksin di seluruh negara setakat semalam mewakili 19.3 peratus daripada populasi di Malaysia dan mencecah 27 peratus daripada jumlah individu dewasa di negara ini.

Lembah Klang mendahului jumlah pemberian vaksin dengan 7,422,834 dos, diikuti Sarawak (2,944,224 dos) dan Johor (1,462,557 dos).

Perbandingan antara kadar pemberian vaksin dengan jumlah populasi dewasa pula menyaksikan Wilayah Persekutuan Labuan berada pada tahap 79.2 peratus bagi dua dos, iaitu yang tertinggi, disusuli Sarawak (61.3 peratus), Perlis (41.1 peratus), Lembah Klang (32.6 peratus), Negeri Sembilan (30.9 peratus) dan Melaka (25.5 peratus).

Related posts

Leave a Comment