5,735 kes baharu di Filipina

MANILA 29 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 5,735 kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes di negara ini meningkat kepada 1,572,287.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 4,069 lagi pesakit  dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih dari jangkitan sebanyak  1,488,437 orang  atau 94.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Kes kematian pula meningkat kepada 27,577 orang apabila 176 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia manakala sebanyak 56,273 kes aktif dilaporkan atau  3.6 peratus.

Sementara itu dalam  satu kenyataan, DoH memaklumkan mengenai pengesanan kes yang melibatkan beberapa varian iaitu 97 Delta (B.1.617.2), 83 Alpha (B.1.1.7), 127 Beta (B.1.351) dan 22 P.3

Related posts

Leave a Comment