129 tempatan, 4 import di Singapura

SINGAPURA 29 Julai – Sebanyak 129 kes tempatan baharu Covid-19 dan empat kes import dilaporkan di Singapura hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 64,722 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 50 jangkitan tempatan tidak berhubung kait dengan mana-mana kes terdahulu manakala 30 ada kaitan dengan kluster Pelabuhan Perikanan Jurong, menjadikan kluster itu kini sebanyak 962 kes.

Dalam kalangan kes hari ini, 68 berhubung kait kes-kes terdahulu dan sudah pun dikenakan kuarantin dan 11 berkait kes sebelumnya yang dikesan menerusi ujian pengawasan.

Empat kes baru itu juga melibatkan empat warga emas berusia lebih 70 tahun yang belum divaksinasi atau sudah menerima satu dos vaksin.

Sementara itu tiga kes import dikesan semasa tiba di Singapura manakala seorang lagi jatuh sakit semasa menjalani notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau  pengasingan.

Related posts

Leave a Comment