1,289 kes jangkitan baharu di Saudi

RIYADH 29 Julai – Makkah mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi dengan 260 kes diikuti Riyadh 253, daerah Timur 220 dan Jazan 100 kes Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,289 kes jangkitan baharu dilaporkan dengan 12 kematian. Dengan perkembangan terbaharu ini, jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 523,397 dan 8,212 kematian. Kes aktif yang direkodkan adalah 11,358 kes dan 1,395 pesakit adalah dalam keadaan kritikal. Sementara itu, Kementerian Kesihatan juga memaklumkan setakat Khamis, sebanyak 26 juta dos vaksin sudah disuntik. (foto  hiasan)

Read More

Kes kekal lepasi 17,000

PUTRAJAYA 29 Julai  – Sebanyak 17,170 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 1,078,646 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes sembuh terus menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 12,930 kes, sekali gus menjadi angka tertinggi kes pulih daripada Covid-19. Katanya, pertambahan kes sembuh itu menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 meningkat kepada 890,742 kes. Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 16,787 kes atau 97.7 peratus terdiri daripada pesakit kategori satu dan dua iaitu tidak mempunyai gejala serta bergejala ringan. Selain itu, 383…

Read More

5,735 kes baharu di Filipina

MANILA 29 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 5,735 kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes di negara ini meningkat kepada 1,572,287. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 4,069 lagi pesakit  dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih dari jangkitan sebanyak  1,488,437 orang  atau 94.7 peratus daripada keseluruhan kes. Kes kematian pula meningkat kepada 27,577 orang apabila 176 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia manakala sebanyak 56,273 kes aktif dilaporkan atau  3.6 peratus. Sementara itu dalam  satu kenyataan, DoH memaklumkan mengenai pengesanan kes yang…

Read More

129 tempatan, 4 import di Singapura

SINGAPURA 29 Julai – Sebanyak 129 kes tempatan baharu Covid-19 dan empat kes import dilaporkan di Singapura hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 64,722 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 50 jangkitan tempatan tidak berhubung kait dengan mana-mana kes terdahulu manakala 30 ada kaitan dengan kluster Pelabuhan Perikanan Jurong, menjadikan kluster itu kini sebanyak 962 kes. Dalam kalangan kes hari ini, 68 berhubung kait kes-kes terdahulu dan sudah pun dikenakan kuarantin dan 11 berkait kes sebelumnya yang dikesan menerusi ujian pengawasan. Empat kes baru itu juga melibatkan empat warga emas berusia lebih…

Read More

Hentikan jualan haram ivermectin

KUALA LUMPUR 29 Julai – Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa supaya kegiatan penjualan haram ivermectin yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan, dihentikan segera. MPS dan MMA dalam kenyataan bersama berkata, pihaknya terkejut dan bimbang dengan penjualan haram secara meluas ivermectin yang kononnya dapat mencegah jangkitan Covid-19. Katanya, sejak beberapa minggu ini, Cawangan Penguatkusaan Farmasi yang menjalankan penguatkuasaan di seluruh negara berjaya menyita ubat itu yang dijual secara meluas. Malah, beliau mendakwa ada ahli politik dan persatuan pengguna yang meminta penggunaan ubat ini sebagai profilaksis…

Read More

KKM cadang kehadiran dihad

KUALA LUMPUR 29 Julai – Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan jumlah kehadiran secara fizikal di Parlimen dikurangkan dan tempoh persidangan dipendekkan berikutan 56 kes positif Covid-19 dikesan di Parlimen. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkara itu dicadangkan beliau ketika Mesyuarat Penyelarasan Bagi Urusan Berkaitan Mesyuarat Khas Bagi Dewan Rakyat pada Isnin lalu. Dr Noor Hisham berkata, sehingga semalam sebanyak 56 kes positif Covid-19 dikesan membabitkan dua Ahli Parlimen, pegawai pengiring (enam) dan pegawai dari pelbagai agensi kerajaan (48). Katanya, ini menjadikan kadar positif adalah 2.7 peratus dan daripada…

Read More

Kluster ziarah musim perayaan

PUTRAJAYA 29 Julai – Aktiviti ziarah ketika musim perayaan, rentas negeri dan mengadakan majlis sosial antara kluster baharu yang dikesan semalam dan kini sudah menjangkiti lebih 100 individu. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat 38 kluster baharu dikesan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) merangkumi 18 kluster di tempat kerja, komuniti (14), kumpulan berisiko (tiga) dan satu di pusat tahanan. Katanya, tiga kluster berpunca daripada aktiviti ziarah iaitu Kluster Kampung Mantera, Kota Bharu di Kelantan yang kini sudah menjangkiti 24 individu. Kes ini membabitkan aktiviti ziarah ketika sambutan perayaan…

Read More

Kes harian Johor lepasi 1,000

PUTRAJAYA 29 Julai – Johor merekodkan lebih 1,000 kes jangkitan harian hari ini dengan 1,054 kes sementara Selangor mendahului dengan 7,163, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2,138 dan Kedah 1,212. Semalam Johor merekodkan 767 kes manakala Selangor 7,171, Kuala Lumpur 2,880, dan Kedah 1,112. Tujuh negeri merekodkan lebih 500 kes didahului Negeri Sembilan 884 berbanding semalam 863, Sabah 776 (913), Pahang 638 (429), Kelantan 615 (532),Perak 596 (406), Sarawak 582 (464) dan Pulau Pinang 554 (760). Sementara itu Melaka menunjukkan penurunan kes dari 531 semalam kepada 416 hari ini diikuti Terengganu…

Read More

KENYATAAN PENUH PEJABAT PM

MERUJUK kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara hari ini, Kerajaan ingin menjunjung kasih di atas titah penghargaan yang dizahirkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada Kerajaan kerana telah melaksanakan Mesyuarat Khas Parlimen yang bermula pada 26 Julai 2021. Kerajaan sentiasa menjunjung titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu seperti mana yang dizahirkan susulan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada 16 Jun 2021 yang antara lain menekankan bahawa darurat tidak perlu disambung selepas 1 Ogos 2021 dan perlunya Parlimen bersidang secepat mungkin. Berdasarkan…

Read More

Pembatalan Ordinan Darurat teratur

PUTRAJAYA 29 Julai – Pejabat Perdana Menteri menjelaskan semua tindakan yang dilaksanakan kerajaan membabitkan pembatalan Ordinan Darurat dan pelaksanaan sidang khas Dewan Rakyat, adalah teratur dan selaras dengan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan kerajaan sudah menyembah maklum nasihat Jemaah Menteri sebanyak dua kali kepada Yang di-Pertuan Agong supaya semua Ordinan Darurat dibatalkan, dan memohon limpah perkenan Seri Paduka Baginda mengenainya. Jelasnya, Pejabat Perdana Menteri maklum seperti yang dizahirkan dalam kenyataan Istana Negara hari ini, Yang di-Pertuan Agong sedia maklum bahawa Tuanku perlu menerima…

Read More