Rusia lancar suntikan penggalak

MOSCOW: Susulan peningkatan kes jangkitan baharu dan kematian, pihak berkuasa kesihatan Rusia melancarkan suntikan penggalak atau ‘booster’vaksin Covid-19 untuk individu yang sudah lengkap vaksin lebih enam bulan lalu.

Rusia menggunakan suntikan vaksin dihasilkan sendiri bagi tujuan ini iaitu Sputnik V dan versi vaksin dos tunggal, Sputnik Light.

Kadar vaksinasi Rusia meningkat sejak beberapa minggu ini selepas pemimpin di beberapa daerah mewajibkan suntikan bagi pekerja di sektor tertentu termasuk di sektor awam, runcit, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Rusia merekodkan 20,000 kes baharu harian, sekali ganda daripada yang dicatatkan awal Jun lalu dengan lebih 672 kematian baharu.

Ada dakwaan mengatakan kes meningkat disebabkan sikap rakyat yang semakin lewa terhadap langkah pencegahan.

Related posts

Leave a Comment