Kes kekal lepasi 17,000

PUTRAJAYA 29 Julai  – Sebanyak 17,170 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 1,078,646 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes sembuh terus menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 12,930 kes, sekali gus menjadi angka tertinggi kes pulih daripada Covid-19.

Katanya, pertambahan kes sembuh itu menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 meningkat kepada 890,742 kes.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 16,787 kes atau 97.7 peratus terdiri daripada pesakit kategori satu dan dua iaitu tidak mempunyai gejala serta bergejala ringan.

Selain itu, 383 kes atau 2.3 peratus pula adalah pesakit dalam kategor tiga hingga lima iaitu mempunyai radang paru-paru, memerlukan bantuan oksigen serta kritikal.

Bagaimanapun, ini adalah keadaan klinikal kes semasa pesakit baharu didiagnosa Covid-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Sehingga kini sebanyak 179,179 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dilaporkan iaitu 1,043 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 531 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, jumlah kematian meningkat kepada 8,725 orang berikutan 174 lag pesakit meninggal dunia.

Selangor mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 70 kes diikuti Kuala Lumpur (20). Johor (17),  Kedah (17), Negeri Sembilan (9),  Pulau Pinang (9),  Sabah (8), Terengganu (8), Perak (3), Kelantan (2) dan Pahang.(1).

Related posts

Leave a Comment