Thailand rekod kes tertinggi

BANGKOK 23 Julai – Thailand merekodkan kes harian tertinggi hari ini apabila mencatatkan 14,575 kes jangkitan baharu Covid-19 dengan jumlah kematian pula seramai 114 orang.

Angka tertinggi sebelum ini adalah 13,655 yang direkodkan semalam manakala kematian tertinggi direkodkan 141  pada 17 Julai lalu.

Kementerian Kesihatan Awam memaklumkan daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 13,503 kes melibatkan orang awam termasuk 13 kes import dan 1,072 orang dalam kalangan banduan.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Thailand setakat ini adalah 467,707 kes dengan kumulatif kematian 3,811.

Dalam tempoh 24 jam yang lepas, sebanyak 7,775 kes sembuh dan dibenarkan keluar hospital manakala kes aktif 143,744..

Sejak gelombang ketiga Covid-19 melanda, sebanyak 438,844 kes direkodkan dengan 292,726 kes dilaporkan pulih dan kematian 3,717.

Dan perangkaan sejak pandemik itu bermula awal tahun lalu menunjukkan jumlah kes adalah 467,707 dan 320,152 dilaporkan sembuh dengan 3,811 kematian.

Sehingga semalam, sebanyak 143,744 pesakit sedang mendapatkan rawatan.

Related posts

Leave a Comment