Ibadah haji bebas wabak

MAKKAH – Ibadah haji tahun ini bebas dari koronavirus dan wabak penyakit lain hasil sistem kemudahan kesihatan bersepadu yang dilaksanakan di tanah suci, kata Menteri Kesihatan Dr. Tawfiq Al-Rabiah. Katanya, langkah mengehadkan jemaah kepada 60,000 ketika penularan wabak Covid-19 memberi kesan terhadap penjagaan kesihatan dan keselamatan jemaah. Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, beliau mengucapkan terima kasih kepada Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman dan Putera Mahkota Muhammad Bin Salman atas kesungguhan menyediakan pelbagai kemudahan bagi melayani para jemaah dan mempermudah pelaksanaan ibadah dalam suasana yang selesa dan aman. Sistem…

Read More

Lebih 3 juta kes dicatatkan Indonesia

JAKARTA 22 Julai  – Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia melepasi tiga juta hari ini iaitu pertambahan satu juta kes dalam tempoh sebulan dengan kematian tertinggi direkodkan hari ini sebanyak 1,449 menjadikan jumlah keseluruhan 79,032 kematian. Mengikut rekod, pada 21 Jun lalu, Indonesia mencatatkan dua juta kes jangkitan dengan 54,956 kematian dan hari ini, Indonesia merekodkan 49.509 kes harian menjadikan jumlah keseluruhan 3.033.339 kes. Kes sembuh pula mencatatkan angka tertinggi sebanyak 36,370 orang menjadikan jumlah keseluruhan sembuh lebih dua juta atau 2.392.923 orang sementara kes aktif bertambah 11.690 menjadikan 561.384 kes.…

Read More

1,162 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 22 Julai – Arab Saudi hari ini merekodkan 1,162 kes baharu Covid-19 dengan 15 kematian dalam tempoh 24 jam. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kes kini meningkat kepada 514,446 kes dengan 8,130 kematian. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 1,386 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 495,650 orang. Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 285 kes diikuti Makkah 211, daerah Timur 158 dan Asir  131.. Kes aktif yang direkodkan adalah 10,666 dan 1,362 dalam keadaan kritikal.

Read More

Satu lagi kit ujian kendiri

PUTRAJAYA 22 Julai – Satu lagi kit ujian kendiri Covid-19 diberi kelulusan bersyarat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) untuk dijual bagi kegunaan orang awam. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kit berkenaan ialah Beright Covid-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid) yang dibuat Hangzhou Alltest Biotech Co.,Ltd. Sementara itu, menurut portal MDA, kit itu boleh didapati di farmasi komuniti berdaftar atau fasiliti kesihatan swasta. Penggunaan kit ujian kendiri Covid-19 ini adalah terhad untuk tujuan saringan sahaja dan semua keputusan ujian memerlukan pengesahan lanjut…

Read More

Lonjakan semula, kedua tertinggi

PUTRAJAYA 22 Julai – Kes jangkitan baharu Covid-19 melonjak semula dengan  merekodkan 13,034 kes, kedua tertinggi sejak pandemik bermula tahun lalu, menjadikan jumlah keseluruhan 964,918 kes. Kes harian tertinggi yang direkodkan sebelum ini adalah 13,215 kes pada 15 Julai lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan juga memaklumkan kes aktif yang ketika ini adalah 142,051 kes dengan 938 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 459 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. Daripada 13,034 kes harian hari ini, sebanyak 13 kes (0.1 peratus) adalah daripada  kategori 5…

Read More

Perhalusi 2 dos rentas negeri

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memperhalusi cadangan membenarkan pasangan atau keluarga jarak jauh yang telah lengkap dua dos vaksin Covid-19 merentas negeri untuk bertemu keluarga. Timbalan Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob berkata beliau sering membawa isu itu dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya kelonggaran bertemu keluarga dapat dipertimbangkan. “Saya sedar betapa pentingnya institusi kekeluargaan itu kepada manusia.  Walaupun atas faktor keselamatan, ibu atau bapa tidak sepatutnya terpaksa berpisah dengan anak-anak dalam tempoh yang terlalu lama. “Lebih-lebih lagi jika ibu bapa berkenaan sudah pun menerima dua dos vaksin,” katanya menerusi muat…

Read More

Tiada vaksinasi remaja bawah 17 tahun

PUTRAJAYA 22 Julai – Remaja berumur bawah 17 tahun, termasuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak akan diberikan suntikan vaksin Covid-19. Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam satu kenyataan, berkata ia bagi mengelakkan sebarang risiko kes myocarditis dan pericarditis (radang jantung) selepas remaja pada usia itu mengambil dos kedua suntikan vaksin Covid-19 seperti kajian dijalankan di Amerika Syarikat (AS). Kenyataan itu menyebut, ketika ini pemberian vaksin hanya kepada remaja yang akan mencapai usia 18 tahun termasuk pelajar tahun peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia…

Read More

Selangor, KL tambah 7,660 kes

PUTRAJAYA 22 Julai – Selangor mencatatkan 6,049 kes baharu Covid-19, pertambahan jumlah kes harian berbanding 5,550 yang direkodkan semalam sementara Kuala Lumpur menambah 1,611 berbanding 1,174 semalam. Ini bermakna Selangor dan Kuala Lumpur sekali lagi menjadi penyumbang utama 7,660 kepada kes harian seluruh negara yang meningkat kepada 13,034. Empat negeri merekodkan lebih 500 kes iaitu Johor 791, pertambahan kes berbanding 644 semalam,  Negeri Sembilan 711 (745),  Kedah 701 (800) dan  Sarawak 644 (261). Sabah pula merekodkan 497 (474), Terengganu 391 (171), Pulau Pinang 371 (362), Melaka 353 (453), Perak 284…

Read More

Singapura lapor 170 kes jangkitan

SINGAPURA 22 Julai – Singapura merekodkan 170 kes jangkitan Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini di mana 162 melibatkan kes dalam masyarakat dan lapan lagi kes import. Kementerian Kesihatan (MoH) dalam satu kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu, sebanyak 87 kes ada kaitan dengan Kluster Pelabuhan Perikanan Jurong dan lima lagi Kluster KTV. Sebanyak 59 kes berkait dengan kes yang lepas dan sudah dikuarantin manakala 51 yang ada kaitan dengan kes sebelum ini dikesan menerusi pengawasan. Dalam kalangan kes itu, terdapat enam warga tua berusia 70 tahun ke atas yang…

Read More

Kes baharu Filipina 5,828

MANILA 22 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 5,828 kes tambahan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,530,266 kes. Setakat pukul 4 petang, DoH juga melaporkan 3,257 kes pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih sebanyak 1,452,813 orang atau 94.9 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah kematian pula meningkat kepada 26,891 orang apabila 17 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia. Kes aktif yang direkodkan adalah 50,562 atau 3.3 peratus.

Read More