Selangor, KL tambah 7,660 kes

PUTRAJAYA 22 Julai – Selangor mencatatkan 6,049 kes baharu Covid-19, pertambahan jumlah kes harian berbanding 5,550 yang direkodkan semalam sementara Kuala Lumpur menambah 1,611 berbanding 1,174 semalam.

Ini bermakna Selangor dan Kuala Lumpur sekali lagi menjadi penyumbang utama 7,660 kepada kes harian seluruh negara yang meningkat kepada 13,034.

Empat negeri merekodkan lebih 500 kes iaitu Johor 791, pertambahan kes berbanding 644 semalam,  Negeri Sembilan 711 (745),  Kedah 701 (800) dan  Sarawak 644 (261).

Sabah pula merekodkan 497 (474), Terengganu 391 (171), Pulau Pinang 371 (362), Melaka 353 (453), Perak 284 (274), Pahang 261 (603), Kelantan 240 (386), Putrajaya 100 (51) dan Labuan 24 (35).

Related posts

Leave a Comment