Lebih 3 juta kes dicatatkan Indonesia

JAKARTA 22 Julai  – Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia melepasi tiga juta hari ini iaitu pertambahan satu juta kes dalam tempoh sebulan dengan kematian tertinggi direkodkan hari ini sebanyak 1,449 menjadikan jumlah keseluruhan 79,032 kematian.

Mengikut rekod, pada 21 Jun lalu, Indonesia mencatatkan dua juta kes jangkitan dengan 54,956 kematian dan hari ini, Indonesia merekodkan 49.509 kes harian menjadikan jumlah keseluruhan 3.033.339 kes.

Kes sembuh pula mencatatkan angka tertinggi sebanyak 36,370 orang menjadikan jumlah keseluruhan sembuh lebih dua juta atau 2.392.923 orang sementara kes aktif bertambah 11.690 menjadikan 561.384 kes.

Lima wilayah merekodkan kes positif yang tinggi iaitu Jawa Barat 10,499 dan kumulatifnya 547.255 kes diikuti Jakarta 7.058 (770,487), Jawa Timur 6.625 (259,729), Jawa Tengah 5.371 (338.852) serta Banten 3.333 (97,985).

Jawa Tengah merekodkan 402 kematian dan kumulatifnya 15.766 orang, Jawa Timur 270 (17.135), Jakarta 194 ( 10.974 ), Jawa Barat 141 ( 7.752 ) serta Yogyakarta 88 dan kumulatifnya 2.683 kes.

Sementara bagi kes sembuh, Jakarta mencatatkan 10,631 kes dan kumulatifnya yang tertinggi sebanyak 673.396 orang, Jawa Barat 7.288 (412, 638), Jawa Tengah 6.115 (263.573), Jawa Timur 3.182  (190.375) dan Yogyakarta 1.034 (66,985).

Setakat ini penerima dos pertama vaksin meningkat kepada lebih 43 juta orang termasuk 544,193 yang diberi suntikan hari ini sementara penerima dos kedua meningkat kepada 16.896.200 orang termasuk tambahan hari ini 289.525 orang.

Related posts

Leave a Comment