Satu lagi kit ujian kendiri

PUTRAJAYA 22 Julai – Satu lagi kit ujian kendiri Covid-19 diberi kelulusan bersyarat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) untuk dijual bagi kegunaan orang awam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kit berkenaan ialah Beright Covid-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid) yang dibuat Hangzhou Alltest Biotech Co.,Ltd.

Sementara itu, menurut portal MDA, kit itu boleh didapati di farmasi komuniti berdaftar atau fasiliti kesihatan swasta.

Penggunaan kit ujian kendiri Covid-19 ini adalah terhad untuk tujuan saringan sahaja dan semua keputusan ujian memerlukan pengesahan lanjut menggunakan RT-PCR.

Sebelum ini, MDA memberikan kelulusan bersyarat kepada dua kit iaitu ‘Kit Ujian Pantas Antigen Salixium Covid-19’ buatan syarikat tempatan, Reszon Diagnostics International Sdn Bhd dan satu lagi kit kegunaan rumah, Gmate(R) Covid-19 buatan Korea Selatan, yang diberi kelulusan, kepada Citymedic Sdn Bhd.

Senarai itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan ia boleh juga disemak menerusi portal MDA.

Related posts

Leave a Comment