Perhalusi 2 dos rentas negeri

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memperhalusi cadangan membenarkan pasangan atau keluarga jarak jauh yang telah lengkap dua dos vaksin Covid-19 merentas negeri untuk bertemu keluarga.

Timbalan Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob berkata beliau sering membawa isu itu dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya kelonggaran bertemu keluarga dapat dipertimbangkan.

“Saya sedar betapa pentingnya institusi kekeluargaan itu kepada manusia.  Walaupun atas faktor keselamatan, ibu atau bapa tidak sepatutnya terpaksa berpisah dengan anak-anak dalam tempoh yang terlalu lama.

“Lebih-lebih lagi jika ibu bapa berkenaan sudah pun menerima dua dos vaksin,” katanya menerusi muat naik status di media sosial.

Beliau memberi reaksi berkenaan susulan komen-komen netizen di media sosial yang menyuarakan keluhan pasangan jarak jauh atau ibu bapa yang terpisah dari anak-anak kerana larangan merentas negeri.

Ismail Sabri sebelum ini berkata kelonggaran kepada penerima dua dos vaksin COVID-19 akan diumumkan selepas Hari Raya Aidiladha.

Related posts

Leave a Comment