Kelambu Kaabah ditukar

MAKKAH 19 Julai – Kelambu Kaabah (Kiswah) ditukarkan malam tadi, satu tradisi tahunan pada setiap kali musim haji atau lebih tepat pada 9 Zulhijjah ketika jemaah berada di Padang Arafah.

Proses menukar kelambu itu dikendalikan oleh staf Presiden Umum untuk hal ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi.

Kiswah diperbuat menggunakan 670 kilogram benang sutera dari Itali yang disulam dengan benang emas dan perak bagi melindungi binaan Kaabah itu.

Setiap tahun sejumlah 120 kilogram benang emas dan 100 kilogram benang perak digunakan untuk menghasilkan kelambu itu.

Seramai 200 pekerja mahir terbabit dalam pembuatan kiswah itu di Kompleks Raja Abdul Aziz.

Related posts

Leave a Comment