Tiada ADUN PH sertai Exco Negeri Sembilan

SEREMBAN 6 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Saiful Yazan Sulaiman, menafikan dakwaan kononnya wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) akan menganggotai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan.

Sambil menyifatkan dakwaan di media sosial itu tidak berasas, Saiful berharap semua pihak memberi ruang kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

“Tidak benar wakil rakyat Pakatan Harapan akan menganggotai barisan Exco, sekiranya perkara itu berlaku, sudah tentu ia ada dibincangkan terlebih dahulu bersama wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang baharu memenangi Pilihan Raya Negeri Sembilan Ke-16 (PRN16).

“Kalau perkara itu benar-benar akan berlaku, sudah semestinya kami sebagai calon BN Negeri Sembilan yang baharu memenangi PRN yang lalu akan dibawa berbincang mengenainya.

Perkara ini tidak benar, malah tidak pernah dibincangkan sama sekali sehingga hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan rakyat Negeri Sembilan sudah membuat pilihan dan semua pihak seharusnya memberi tumpuan kepada usaha membangunkan negeri, bukannya terus berpolitik.

“Rakyat Negeri Sembilan telah membuat pilihan, kini kita harus terus bekerja dan bukannya membuang masa bermain politik sepanjang masa,” katanya.

Sebelum ini, wujud dakwaan bahawa ada dalam kalangab 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH berkemungkinan menyertai pentadbiran Negeri Sembilan di bawah kepemimpinan Ismail.

Semalam, Ismail memaklumkan pihaknya sedang memuktamadkan senarai barisan Exco yang akan dilantik dan pengumuman barisan Exco dijangka dibuat pada Jumaat ini atau selewat-lewatnya Isnin depan.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment