Johnson minta rakyat terus waspada

LONDON: Perdana Menteri, Boris Johnson menggesa masyarakat Britain untuk terus berwaspada susulan sekatan mula dimansuhkan di England kerana risiko virus itu untuk terus muncul dalam kalangan masyarakat.

Katanya, rakyat Britain masih perlu menjalani kuarantin sekiranya diarahkan untuk berbuat demikian.

Beliau menggesa orang ramai untuk bergerak ke langkah seterusnya dengan berhati-hati serta rasa hormat terhadap orang lain.

Johnson turut menggesa rakyat Britain mendapatkan suntikan kedua vaksin Covid-19.

Sementara itu mulai 19 Julai, setiap orang dewasa di negara itu ditawarkan untuk mendapatkan suntikan pertama vaksin Covif-19.

Sasaran Johnson adalah untuk setiap orang dewasa yang mahu mendapatkan vaksin boleh memperolehnya pada 19 Julai.

Setakat ini, 87.8 peratus orang dewasa telah menerima suntikan pertama vaksin dan memenuhi sasaran memberikan dua pertiga orang dewasa dua dos lengkap vaksin.

Jonhson meneruskan pembukaan semula ekonomi sepenuhnya walaupun berlaku peningkatan kes jangkitan didorong oleh varian Delta yang mudah menular.

Pada Ahad, Britain merekodkan 48,161 kes Covid-19 dengan 25 kematian.

Angka tersebut sedikit rendah berbanding hari sebelumnya iaitu 54, 674 kes positif dengan 41 kematian.

Negara itu mula melonggarkan sekatan susulan kerajaan menyatakan hubungan antara kes jangkitan dan kemasukan ke hospital serta kematian semakin pudar akibat keberkesanan vaksin diberikan.

Related posts

Leave a Comment