Usah pertikai hak rakyat buat pilihan

SEPANG 5 Ogos – Pemuda MCA menolak dakwaan DAP bahawa Barisan Nasional (BN) menggerakkan kempen berasaskan kaum secara terbukaย  pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan ke-16.

๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐ฎ๐๐š ๐Œ๐‚๐€ ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง Neow Choo Seong berkata, kenyataan Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin yang mendakwa BN menggerakkan kempen berasaskan kaum secara terbukaย  adalah tidak berasas, meleset, dan sekadar percubaan untuk menutup kelemahan partinya sendiri.

Beliau yang juga ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ฆ๐ฎ๐๐š ๐๐, menggariskan lima jawapan balas bagi membetulkan naratif serong DAP itu termasuk parti komponen BN yang mewakili masyarakat Melayu (UMNO), Cina (MCA) dan India (MIC).

โ€œSebagai sebuah parti komponen yang mewakili masyarakat Cina, di manakah rasionalnya MCA mahu menghasut pengundi Cina agar membenci orang Melayu?

Rakan komponen kami, UMNO mewakili orang Melayu, MIC mewakili kaum India. Realitinya, kepemimpinan BN sentiasa menterjemahkan komitmen terhadap kelangsungan kerjasama antara kaum di bawah payung BN,โ€ katanya.

Menerusi satu kenyataan, beliau berkata, semasa PH menumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum 2018 dan 2022, ramai pemimpin mereka yang secara terang-terangan mendabik dada bahawa 95 peratus pengundi Cina menyokong DAP.

Jika benar DAP memperjuangkan politik berbilang kaum sepenuhnya, tidakkah tindakan berbangga dengan blok undi mengikut kaum itu sendiri merupakan amalan politik perkauman?,โ€ katanya.

Choo Seong mendakwa, pada PRU DN Negeri Sembilan baru-baru ini, mesej dan rujukan tersirat mengenai ancaman “gelombang hijau” telah digunakan oleh pihak PH terutama DAP untuk mengumpulkan sokongan pengundi Cina.

Pemimpin DAP sendiri katanya rancak menjaja naratif yang menakut-nakutkan masyarakat demi kelangsungan undi mereka, justeru siapakah sebenarnya yang menyebarkan ketakutan dalam kalangan pengundi?

โ€œSiapakah yang melontarkan tuduhan rambang dan melabel pemimpin seperti Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Dr. Akmal Saleh sebagai ekstrem?

Adalah hipokrit apabila DAP menuduh pihak lain bermain politik identiti sedangkan jentera mereka terus menerus menyerang susuk tubuh pemimpin Melayu-Islam untuk menjuarai sentimen kaum tertentu,โ€ katanya.

Pemuda MCA mendesak Zhemin dan kepimpinan DAP agar bermuhasabah diri, tanpa perlu menyalahkan pengundi serta tidak mempertikaikan hak mutlak serta kuasa rakyat untuk memilih sesiapa sahaja.

โ€œSikap dwistandard ini amat memualkan. Apabila DAP menang, rakyat dipuji kononnya mengundi dengan bijak. Tetapi apabila tewas, pengundi dituduh dengan pelbagai label negatif seolah-olah menafikan hak demokrasi rakyat.

Berhentilah menghina pengundi dan terimalah isyarat rakyat dengan hati yang terbuka,โ€ katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment