44,721 kes baharu Indonesia

JAKARTA 18 Julai – Kes jangkitan harian Covid-19 di Indonesia turun kepada 44,721 berbanding 51,952 yang direkodkan semalam dengan kes aktif 542,236. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan setakat ini adalah sebanyak 2,877,476 orang. Pada masa yang sama, sebanyak 29,264 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2.261.658 orang pulih. Jumlah kematian yang direkodkan hari ini adalah 1,093 menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia sebanyak 73,582 orang. Jawa Timur merekodkan kematian tertinggi iaitu 328 kes, diikuti Jawa Tengah 179 kes, dan Jakarta sebanyak 158 kes.

Read More

Kes harian Arab Saudi turun

RIYADH 18 Julai – Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan penurunan hari ini apabila merekodkan 1,055 kes berbanding 1,098 semalam dan 1,298 pada hari sebelumnya. Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 12 kematian direkodkan, juga kurang daripada 15 kes yang direkodkan semalam. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 509,576 kes dan kematian pula 8,075 orang. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 1,143 pesakit dilaporkan sembuh dan menjadikan jumlah keseluruhan 490,696 orang pulih. Sementara itu Riyadh melaporkan 323 kes diikuti Makkah 187, Timur …

Read More

Kes harian turun, kematian tertinggi

PUTRAJAYA 18 Julai – Angka 10 akhirnya mengisi slot 10,000 kes jangkitan Covid-19 selepas angka 9 yang mewakili 9,000 kes sebelum ini melangkaui ke angka 11 dalam catatan jumlah kes harian Covid-19. Ketika jumlah kes harian mencecah 9,105 pada 11 Julai, ramai yang menjangka angka itu akan meningkat kepada 10,000 pada hari berikutnya tetapi tanggapan itu meleset apabila kes turun kepada 8,574. Bagaimanapun pada 13 Julai, angka itu melonjak kepada 11,079 kes, meninggalkan angka 10. Begitulah perjalanan kes Covid-19 di negara ini. Hari ini, 10,710 kes direkodkan, berbanding semalam 12,528…

Read More

Singapura lapor 92 kes baharu

SINGAPURA 18 Julai – Setakat pukul 12 tengah hari ini, Singapura melaporkan 88 kes baharu Covid-19 dalam masyarakat dan empat kes import. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 23 kes adalah berkaitan Kluster KTV dan 37 kes mempunyai kaitan dengan Kluster Pelabuhan Perikanan Jurong. Sebanyak 30 kes berkaitan dengan kes yang lepas dan 17 tiada kaitan dengan mana-mana kes. Di samping itu, empat kes melibatkan warga emas yang berusia 70 tahun ke atas dan belum mendapat vaksin. Kesemua kes import pula telah dikenakan notis jangan keluar rumah (SHN). Satu kes dikesan sejurus…

Read More

5,411 kes baharu di Filipina

MANILA 18 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini mencatatkan 5,411 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,507,755. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 5,439 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,433,851 atau 95.1 peratus. Bagi kes kematian pula, sebanyak 117 pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 26,714 orang. Kes aktif pula sebanyak 47,190 atau 3.1 peratus.

Read More

“Saya cuba bawa kasih sayang”

KUALA LUMPUR 18 Julai – “Apa yang saya buat adalah demi Allah SWT semata-mata. Kalau orang ugut saya pun, saya tak takut. Setakat kata-kata (tak berasas), saya tak kisah tetapi apabila ramai orang lain terlibat sama (dalam situasi itu), saya jadi sedih,”. Begitulah luahan pendakwah yang dikenali dengan kerja kemasyarakatan dan kebajikan, Ustaz Ebit Lew, yang menyatakan rasa kesal apabila masih ada pihak yang berprasangka buruk walaupun dia cuba membawa dan menyebarkan kasih sayang sesama manusia. Kenyataan itu dipercayai susulan kontroversi membabitkannya dengan seorang penyanyi rap, yang diperkatakan sejak beberapa…

Read More

Masuk Kelantan perlu ujian calitan

KOTA BHARU 18 Julai – Individu yang dibenarkan memasuki Kelantan perlu mengemukakan hasil ujian calitan yang dilakukan dalam tempoh 72 jam di negeri asal sebelum memulakan perjalanan. Perkara itu yang berkuat kuasa selama seminggu bermula semalam, diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri. Notis pekeliling ditandatangani Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan, Mohd Roshdi Ismail, itu memaklumkan pendekatan berkenaan bertujuan memastikan individu yang memasuki Kelantan bebas Covid-19. “Ujian saringan Covid-19 sekurang-kurangnya jenis sama ada RTK-Antigen atau RT-PCR. “Sekiranya ujian ini tidak dilaksanakan, mereka perlu berbuat demikian di sempadan Kelantan iaitu Gua Musang,…

Read More

Selangor, KL sumbang 5,773 kes

PUTRAJAYA 18 Julai – Enam negeri terus menambah jumlah kes hari ini berbanding semalam sementara negeri-negeri lain masih mencatatkan kes yang tinggi walaupun berlaku sedikit penurunan angka jangkitan. Selangor masih mendahului dengan 4,828 kes berbanding 4,985 semalam manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 945 berbanding 1,740 semalam. Ini bermakna Selangor dan Kuala Lumpur menyumbang 5,773 kes kepada jumlah kes harian seluruh negara yang berjumlah 10,710 Johor merekodkan pertambahan kes dari 625 semalam kepada 808 diikuti Sabah 666 (647), Pahang 369 (317), Putrajaya 51 (41) dan Labuan 50 (22). Perlis turut…

Read More

Sasaran PICK dipercepat

PUTRAJAYA 18 Julai – Sasaran Pogram Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan dipercepatkan lagi susulan penemuan varian baharu yang lebih ganas dan peningkatan mendadak kes positif sejak kebelakangan ini. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan kini menyasarkan 100 peratus populasi dewasa di Selangor dan Kuala Lumpur akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada 1 Ogos ini menerusi ‘Operasi Lonjakan Kapasiti’. “Mengikut jadual asal, beliau berkata, 80 peratus rakyat Malaysia akan menerima dos lengkap vaksin menjelang suku pertama 2022. Sasaran ini kemudian dipercepatkan ke Disember 2021. Sekarang, sasaran dipercepatkan lagi,” katanya dalam…

Read More