Masuk Kelantan perlu ujian calitan

KOTA BHARU 18 Julai – Individu yang dibenarkan memasuki Kelantan perlu mengemukakan hasil ujian calitan yang dilakukan dalam tempoh 72 jam di negeri asal sebelum memulakan perjalanan.

Perkara itu yang berkuat kuasa selama seminggu bermula semalam, diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Notis pekeliling ditandatangani Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan, Mohd Roshdi Ismail, itu memaklumkan pendekatan berkenaan bertujuan memastikan individu yang memasuki Kelantan bebas Covid-19.

“Ujian saringan Covid-19 sekurang-kurangnya jenis sama ada RTK-Antigen atau RT-PCR.

“Sekiranya ujian ini tidak dilaksanakan, mereka perlu berbuat demikian di sempadan Kelantan iaitu Gua Musang, Jeli, Pasir Puteh dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Dr Zaini Hussin berkata petugas kesihatan akan turut ditempatkan di pintu sempadan negeri bagi melakukan ujian calitan Covid-19 kepada individu yang tidak sempat melakukan ujian itu sebelum melakukan perjalanan ke negeri berkenaan.
“Mereka ini sudah diberi kebenaran rentas negeri kerana hal kecemasan namun tidak sempat membuat ujian calitan COVID-19.
“Kita akan buat Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag), individu yang terlibat perlu menunggu keputusan dalam tempoh kira-kira setengah jam,” katanya.

Related posts

Leave a Comment

error: Content is protected !!