Kes harian Arab Saudi turun

RIYADH 18 Julai – Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan penurunan hari ini apabila merekodkan 1,055 kes berbanding 1,098 semalam dan 1,298 pada hari sebelumnya.

Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 12 kematian direkodkan, juga kurang daripada 15 kes yang direkodkan semalam.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 509,576 kes dan kematian pula 8,075 orang.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 1,143 pesakit dilaporkan sembuh dan menjadikan jumlah keseluruhan 490,696 orang pulih.

Sementara itu Riyadh melaporkan 323 kes diikuti Makkah 187, Timur  170 dan Asir  114.

Kes aktif pula 10,805 dan 1,420 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment