5,411 kes baharu di Filipina

MANILA 18 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini mencatatkan 5,411 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,507,755.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 5,439 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,433,851 atau 95.1 peratus.

Bagi kes kematian pula, sebanyak 117 pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 26,714 orang.

Kes aktif pula sebanyak 47,190 atau 3.1 peratus.

Related posts

Leave a Comment